Suratkhabar yang baru sahaja aku beli pada pagi tadi dibelek-belek lagi pada sebelah petang."Eh? ada siaran langsung perlawanan badminton rupa-rupanye.." aku mengomel sendirian. Di dada akhbar tertera jadual perlawanan akhir di antara Lee Chong Wei selaku pemain no 1 dunia, yang menjadi kebanggaan Malaysia bakal berentap dengan Lin Dan, pemain yang juga tidak kurang hebatnya dari China.
Tanpa melengah-lengahkan masa lagi aku terus menyusun langkah menuju ke televisyen yang terletak ditengah-tengah ruang tamu. Siaran tv2 telah aku buka untuk menyaksikan perlawanan yang bakal berlangsung tepat pada pukul 6.30 petang.
Seperti biase, tidak lengkaplah jika aku menonton televisyen tanpa makanan ringan ditangan. Aku telah setia terpacak di hadapan televisyen sejak jam 6 petang lagi. Ya, aku kelihatan seperti sangat fanatik dengan perlawanan badminton. Ini bukannya kali pertama, bahkan kakakku juga sudah faham benar dengan minatku yang agak mendalam terhadap dunia sukan badminton. Aku sering berangan-angan ingin bermain dengan salah seorang pemain-pemain badminton yang terkenal dunia itu. Salah seorang pemain badminton yang menjadi pilihan aku adalah pemain dari negara China iaitu Wang Shi Xian. Sudah semestinya aku turut mengagumi Lee Chong Wei yang tidak dapat disangkal lagi kehandalannya dalam menaikkan dan mengharumkan nama Malaysia dimata didunia. Salah satu perkara yang tidak dapat aku lupakan ketika menonton perlawanan badminton ialah mendengar ulasan yang kadangkala kedengaran agak lucu dari pengulas-pengulas sukan yang terlibat. "Patah hati patahlah raket" demikianlah kata salah seorang pengulas perlawanan badminton itu lalu menyebabkan aku rasa ingin ketawa mendengarnya. Sehinggalah sekarang aku masih lagi teringat-ingat kata-kata pengulas itu setiap kali menonton perlawanan badminton.
No comments:
Post a Comment