Kelas penulisan kreatif pada pagi ini bermula seperti biasa. Aku tekun mendengar setiap bait-bait ilmu yang diberikan oleh Prof Dr Mawar. Jam menunjukkan sudah hampir ke detik 9.40 pagi dan pada waktu-waktu begini selalunya prof akan memberikan kata-kata penutup untuk mengakhiri syarahan beliau. Secara tiba-tiba, prof berkata sambil menutup lampu kelas " Baiklah sekarang saya mahu kamu semua hayati video ini". Aku bersama rakan-rakan agak tidak sabar menanti apakah video yang bakal ditayangkan oleh prof. Maka prof terus membuka fail yang mengandungi video tersebut. Tatkala video itu diputarkan, tidak semena-mena dadaku menjadi sebak. Terasa seperti ingin menangis. Ingin menangis kerana video tersebut memberikan seribu satu nostalgia kepada diriku. Tajuk video tersebut ialah "Because i'm a girl" dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi wanita dari Korea iaitu KISS. Klip video tersebut memaparkan sebuah cerita pendek berkenaan kisah cinta yang begitu menyentuh perasaan. Sepanjang video tersebut ditayangkan, fikiranku melayang. Terkenangkan saat-saat aku masih bekerja di 7-eleven pada suatu ketika dahulu. Pada waktu itu aku terlalu meminati lagu-lagu Korea. Salah satu lagu yang menjadi kegemaranku pada waktu itu adalah video tersebut. Aku kerap memutarkan lagu ini ketika bekerja mahupun sudah habis waktu kerja. Sehinggakan aku sudah terhafal jalan cerita yang terdapat didalam klip video lagu tersebut. Sudah hampir 5 tahun kenangan itu berlalu. Kini, aku benar-benar tidak menyangka yang aku telah menontonnya kembali. Seakan mahu mengalir air mata. Tapi aku tahan sahaja. Apa yang mampu aku lakukan ialah melontarkan senyuman. Aku tersenyum kerana tidak menyangka, aku menonton semula video tersebut setelah bertahun-tahun berlalu. Video yang telah mengimbau kembali zaman kegemilanganku sebagai remaja. Nostalgia yang begitu indah :)
Inilah video tersebut..selamat menonton!
No comments:
Post a Comment